Ahad, 22 Februari 2009

PERIKEMANUSIAAN KEARAH KESEJAHTERAAN NEGARA


Perikemanusiaan ke arah Kesejahteraan Negara 
  • Empati 
  • Menghargai Nyawa 
  • Menjaga Maruah 
  • Cinta akan Keamanan Pengetahuan Sivik

MEMUPUK PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT


Kebanyakan kita yang sudah bekerja atau yang sudah meningkat usia gemar memberi pelbagai alasan untuk tidak menyambung pelajaran. Antaranya tidak mempunyai masa, sudah berusia, tidak mampu belajar lagi, anak sudah ramai dan sebagainya. Alasan dan sikap negetif ini boleh menghindarkan kita daripada mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat ialah sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun pendidikan sepanjang hayat ini tidaklah semudah yang dijangkakan seandainya seseorang itu tidak bersedia dan sanggup mengambil langkah-langkah untuk memperoleh kemahiran tertentu.

Antara langkah-langkah ke arah pendidikan sepanjang hayat
  • Menguasai kemahiran penggunaan masa.
  • Menguasai kemahiran berfikir.
  • Menguasai kemahiran membaca.
  • Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri.

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA

Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Dalam agama islam misalnya, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim yang menyeru setiap orang islam supaya menuntut ilmu sejak dari buaian sehingga keliang lahad. Hal ini bermakna, proses pembelajaran itu berterusan dan tiada had masa. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu pekara baharu. Sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia.
Namun begitu, konsep pendidikan sepanjang hayat telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara. Keadaan ini timbul ekoran perubahan persekitaran baharu dunia yang dipengaruhi globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Ekonomi berasaskan pengetahuan menjadi keutamaan lagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara. Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau penggunaan teknologi terkini. Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan negara itu ialah rakyatnya. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.
Pada hari ini, konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya pada setiap individu pada setiap individu tanpa mengira kelas sosial, kaum, umur dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi seseorang.
ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat sejauhmana hubungan antara penghargaan kendiri dan kemurungan dengan pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, pengkaji ingin melihat perbezaan penghargaan kendiri dan kemurungan di kalangan pelajar mengikut janitina. Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah di daerah Bachok iaitu SMK Bachok, SMK Badak, SMK Jelawat dan SMK (A) Tangok. Terdapat dua alat ujian pengukuran yang digunakan dalam kajian ini iaitu Children Depression Inventory (CDI) dan Self-Esteem Inventory (SEI). Analisis yang digunakan ialah kaedah korelasi Pearson, ujian-t dan regresi. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara penghargaan kendiri dengan pencapaian akademik. Bagi hubungan di antara kemurungan dengan pencapaian akademik dan penghargaan kendiri dengan kemurungan, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan. Keputusan hasil kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam penghargaan kendiri dan kemurungan mengikut jantina. Seterusnya, penemuan kajian ini mendapati hubungan kemurungan ke atas pencapaian akademik pelajar begitu besar nilainya jika dibandingkan dengan penghargaan kendiri